minggu minggu kebelakangan ini yang penuh keserabutan.
mana nak fikir kerja, adik, keluarga.
oh ya, sesuatu berlaku. sesuatu yg memberi impact pada kami sekeluarga.
tapi tak apalah.ini ujian dari Allah.
ujian yang mengajar kami untuk redha. kuat.
ujian. dugaan. sejauh mana kita menganggap sebagai satu hadiah. satu peringatan. tanda Allah kasihkan kita
ntah. kadang2 aku sendiri tewas.
tapi hidup aku memang penuh dengan ujian. penuh kejutan.
mungkin sebab dah terlalu biasa jadi aku cuba bertenang. cara aku handle lebih baik dari yang dulu2.
Alhamdulillah
setiap kali diberi ujian dan dugaan, ramai yang mempertikaikan. "ahhh kenapa mesti aku??"
soalan yang mungkin kita sendiri tak akan jumpa jawapan.
cuba tanya "kenapa Allah hantar ujian ini buat aku?"
dari situ kita belajar kenali diri, kekurangan dari segi amalan, dari segi hubungan kekeluargaan, hubungan dengan Allah.
Allah hantar ujian untuk kita muhasabah diri.
contohnya , apa yang jadi pada keluarga aku buat aku sedar yang selama ini duit , masa, keringat yang aku ada tidak dimanfaatkan sepenuhnya.
bila dapat gaji kita sibuk peruntukan untuk diri sendiri.masa dan keringat juga untuk diri sendiri.
jadi bila berlaku musibah, aku mula allocate duit untuk yang lebih perlu, masa aku dihabiskan bersama keluarga. aku penat. ulang alik dari office ke rumah, dari rumah sendiri ke rumah family. tapi aku puas kerana aku sedar ini saja yang aku mampu lakukan untuk membantu.dan aku sedar ini yang Allah mahu tunjukkan kepada aku.
refer Al - Quran surah Al-Ankabut, ayat 2-3 :
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan
,” Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami
telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah
mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang
yang berdusta.”
jelas.hidup kita dan ujian sangatlah rapat.kita diuji. kita belajar. kita redha.
refer Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 286:
” Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya.”
tidak ada ujian yang tidak mampu kita hadapi selagi mana kita berpegang teguh dengan tali Allah. maksudnya, mengharap bantuan hanya daripada Allah.
ujian tanda Allah sayang
ReplyDeletesetuju ;) Allah uji sbb ALLAH sayang kita ;))
Deleteterima kasih..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete