29 September 2014

PROSES UNTUK BERHIJRAH..

Satu perkara paling penting yang pernah jadi dalam hidup aku. Hijrah.
Betapa kehidupan yang aku lalui sebelum2 ini sangat berliku2. Turun naik. Jatuh bangun. Hanyut dari pencipta. Namun aku tidak terus dilambung badai. Dengan izin Allah, aku bangun kembali. Mencari maksud kehidupan itu sendiri. Saat itu aku tinggalkan sementara teman yang pernah bersuka ria. Aku mahu ketenangan. Bila aku kembali, aku tidak menjadi diri aku yang dulu lagi.
Semua orang akan melalui process hijrah ini sebenarnya. Cuma samada kita sedar, mahu, atau tidak.hijrah dalam pekerjaan. Hijrah dalam kehidupan. Buang tabiat yang buruk, dekatkan diri pada pencipta, semua tu hijrah.
Aku nak kongsi kan sesuatu. Buat insan terpilih yang sedang / bakal / telah berhijrah..

Proses Untuk Hijrah

1)      Niat – niat berubah hnya kerana Allah.Org yg brubah atas faktor2 lain, takut perubahannya tak kekal lama.dia mudah terpesong atau hilang focus.aku bagi contoh .Kau bercinta. Boyfriend kau galakkan kau untuk bertudung. Tapi dia tak ajar kau menutup aurat, dia tak bg kau basic agama, yang mungkin kau sendiri dah lama tak amalkan. Jadi, kau akan teruskan hidup kau dengan bertudung.tanpa kau tahu tentang solat, tentang zakat, amalan2 sunat.
Buatnya kau ni mmg golongan orang yang tak mencari ilmu agama, jadilah kau orang yang terpengaruh dengan pakaian so called muslimah. Pakai tudung dengan legging.ok, lepas beberapa bulan boyfriend kau pulak buat hal.sakit la hati kau. Lantas kau fikir “tak guna punya jantan. Susah2 aku bertudung. Hari tu beriya sangat galakkan aku”  nak2 pulak boyfriend kau dapat gf baru yang free hair. Lagi la sakit hati kau.

2)      Taubat – taubat dari segala dOsa itu wajib.antara syarat taubat :

i-                    Meninggalkan maksiat , dosa dan perkara melalaikan
ii-                  Menyesal dgn perbuatan tesebut
iii-                Berazam tidak akan ulangi

apa kaitan tutup aurat dan taubat? Bayangkan bila kita berubah dr segi jasmani ,iaitu pakai tudung tp rohani masih sakit.still lagi buat maksiat, tinggalkan solat.kan tak sempurna tuh? kita mmpersendakan hukum Allah. Kalau nka berubah, ubahlah keseluruhannya.akhlak kena jaga, pergaulan, perbuatan semua jaga .bertaubatlah.lps tuh hati kita akan tenang, lapang.mudah terima ilmu.
Rasulullah s.a.w bersabda “ setiap anak adam itu berdosa & sebaik2 org berdosa adalah memohon taubat kpd Tuhannya ( Hadis Riwayat at Tarmizi)

3)      Istiqamah –bila kita nak brubah atau sudah brubah, time tuh mmg byk dugaan.especially  dari orang sekeliling.kalau iman goyah, abislah taubat ntah kemana…
hati perlu sentiasa mengingati Allah.Takut, mengharap, tawakal & beribadah kepadaNya.bila hati hanya kpd Allah, automatic anggota tubuh lain akan follow.

Antara cara nak capai hati istiqamah :

i-                    Meletakkan cinta kpd Allah melebihi segala2 nya
ii-                  Jalankan perintah Allah & jauhi laranganNya
iii-                Pelajari kisah2 org terdahulu – jadikan teladan

Lastly, kita sentiasa doa memohon kpd Allah agar Dia mmberikan Istiqamah hati di dlm agamaNya : 

RABBANA LA TUZIGH QULUBANA BA’DA IZ HADAITANA WAHAB LANA MIL LADUNKA RAHMAH, INNAKA ANTAL WAHAB.
(
YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU JADIKAN HATI KAMI CONDONG KEPADA KESESATAN SESUDAH ENGKAU BERI PETUNJUK KEPADA KAMI, DAN KURNIAKANLAH KEPADA KAMI RAHMAT DARI SISI MU; KERANA SESUNGGUHNYA ENGKAU-LAH MAHA PEMBERI (KURNIA).

*Maaf klu ada mana2 part yg susah nak phm.ini ringkasan drp apa yg aku pnh baca dan aku practice kan dalam kehidupan aku semasa melalui process hijrah. Aku bukan nak berlagak konon aku ahli syurga. Tapi aku mmg nak masuk syurga.
referlah pd yg lebih arif.aku akan bantu selagi mampu.sama2 kita belajar.

satu je aku nak ingatkan “ jika pernah terdetik  hati tuk berubah, segerakanlah” 

1 comment: