20 August 2015

AURAT WANITA SEMASA SOLAT

Assalamualaikum.

lama sungguh tinggalkan blog nih sampai ada jumpa spider :D

lama tak tulis sbb dunia realty minta terlalu banyak perhatian.

Hari ini cuma nak tulis tentang aurat . ye aurat . tapi aurat wanita dalam solat..

Wanita yang solat dengan berpakaian ketat tapi dah tutup aurat Sepenuhnya dan pakaian Tidak jarang , Sah solat . Berbeza dengan aurat ketika bersama bukan mahram . lebih strict .
Baru2 ni viral tentang pengantin wanita yang solat dengan baju ketat. Solat sah. namun HARAM berpakaian ketat depan bukan mahram .dalam solat atau luar memang haram. Tapi kalau nak buat jugak solat sunat nikah, ada beberapa panduan :
i)                    Yang paling mudah , jangan pakai  baju ketat. Solat lah kat mana pun takda masalah. aurat bahagian dagu kena jaga.
ii)                  Kalau nakkkk jugak nikah pakai baju ketat , time nak solat sarung telekung. Tak kisah tak nampak baju cantik pun.
iii)                Kalau tak nak sarung telekung sebab nanti tak nampak glamour, solat kat tempat wanita . ada tirai . solat tak payah nak tunjuk2. buat kat rumah pun boleh.
Lagi satu bab batal air sembahyang . balik buat kat rumah sudah lah. tak payah nak show off sangat depan bukan mahram.
Dalam nak buat perkara yang Sunat , jangan sampai terjebak dengan yang haram . apa yang Allah larang , kita jangan langgar. Nasihat buat bakal pengantin , utamakan yang Wajib supaya tak jadi fitnah dan aib. Benda2 macam ni kena selalu tegur dan bagi panduan . sebab kita suka ikut adat dan main redah halal haram. Nak cantik punya pasal , jangan sampai memperbodohkan diri sendiri.

Semoga Allah ampunkan dosa kita.

29 September 2014

PROSES UNTUK BERHIJRAH..

Satu perkara paling penting yang pernah jadi dalam hidup aku. Hijrah.
Betapa kehidupan yang aku lalui sebelum2 ini sangat berliku2. Turun naik. Jatuh bangun. Hanyut dari pencipta. Namun aku tidak terus dilambung badai. Dengan izin Allah, aku bangun kembali. Mencari maksud kehidupan itu sendiri. Saat itu aku tinggalkan sementara teman yang pernah bersuka ria. Aku mahu ketenangan. Bila aku kembali, aku tidak menjadi diri aku yang dulu lagi.
Semua orang akan melalui process hijrah ini sebenarnya. Cuma samada kita sedar, mahu, atau tidak.hijrah dalam pekerjaan. Hijrah dalam kehidupan. Buang tabiat yang buruk, dekatkan diri pada pencipta, semua tu hijrah.
Aku nak kongsi kan sesuatu. Buat insan terpilih yang sedang / bakal / telah berhijrah..

Proses Untuk Hijrah

1)      Niat – niat berubah hnya kerana Allah.Org yg brubah atas faktor2 lain, takut perubahannya tak kekal lama.dia mudah terpesong atau hilang focus.aku bagi contoh .Kau bercinta. Boyfriend kau galakkan kau untuk bertudung. Tapi dia tak ajar kau menutup aurat, dia tak bg kau basic agama, yang mungkin kau sendiri dah lama tak amalkan. Jadi, kau akan teruskan hidup kau dengan bertudung.tanpa kau tahu tentang solat, tentang zakat, amalan2 sunat.
Buatnya kau ni mmg golongan orang yang tak mencari ilmu agama, jadilah kau orang yang terpengaruh dengan pakaian so called muslimah. Pakai tudung dengan legging.ok, lepas beberapa bulan boyfriend kau pulak buat hal.sakit la hati kau. Lantas kau fikir “tak guna punya jantan. Susah2 aku bertudung. Hari tu beriya sangat galakkan aku”  nak2 pulak boyfriend kau dapat gf baru yang free hair. Lagi la sakit hati kau.

2)      Taubat – taubat dari segala dOsa itu wajib.antara syarat taubat :

i-                    Meninggalkan maksiat , dosa dan perkara melalaikan
ii-                  Menyesal dgn perbuatan tesebut
iii-                Berazam tidak akan ulangi

apa kaitan tutup aurat dan taubat? Bayangkan bila kita berubah dr segi jasmani ,iaitu pakai tudung tp rohani masih sakit.still lagi buat maksiat, tinggalkan solat.kan tak sempurna tuh? kita mmpersendakan hukum Allah. Kalau nka berubah, ubahlah keseluruhannya.akhlak kena jaga, pergaulan, perbuatan semua jaga .bertaubatlah.lps tuh hati kita akan tenang, lapang.mudah terima ilmu.
Rasulullah s.a.w bersabda “ setiap anak adam itu berdosa & sebaik2 org berdosa adalah memohon taubat kpd Tuhannya ( Hadis Riwayat at Tarmizi)

3)      Istiqamah –bila kita nak brubah atau sudah brubah, time tuh mmg byk dugaan.especially  dari orang sekeliling.kalau iman goyah, abislah taubat ntah kemana…
hati perlu sentiasa mengingati Allah.Takut, mengharap, tawakal & beribadah kepadaNya.bila hati hanya kpd Allah, automatic anggota tubuh lain akan follow.

Antara cara nak capai hati istiqamah :

i-                    Meletakkan cinta kpd Allah melebihi segala2 nya
ii-                  Jalankan perintah Allah & jauhi laranganNya
iii-                Pelajari kisah2 org terdahulu – jadikan teladan

Lastly, kita sentiasa doa memohon kpd Allah agar Dia mmberikan Istiqamah hati di dlm agamaNya : 

RABBANA LA TUZIGH QULUBANA BA’DA IZ HADAITANA WAHAB LANA MIL LADUNKA RAHMAH, INNAKA ANTAL WAHAB.
(
YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU JADIKAN HATI KAMI CONDONG KEPADA KESESATAN SESUDAH ENGKAU BERI PETUNJUK KEPADA KAMI, DAN KURNIAKANLAH KEPADA KAMI RAHMAT DARI SISI MU; KERANA SESUNGGUHNYA ENGKAU-LAH MAHA PEMBERI (KURNIA).

*Maaf klu ada mana2 part yg susah nak phm.ini ringkasan drp apa yg aku pnh baca dan aku practice kan dalam kehidupan aku semasa melalui process hijrah. Aku bukan nak berlagak konon aku ahli syurga. Tapi aku mmg nak masuk syurga.
referlah pd yg lebih arif.aku akan bantu selagi mampu.sama2 kita belajar.

satu je aku nak ingatkan “ jika pernah terdetik  hati tuk berubah, segerakanlah” 

25 September 2014

AKU BUKAN HIPOKRIT. AKU CUMA TAK BODOH JE....

kadang-kadang bila fikir kan apa tanggapan orang sekeliling tiap kali aku post apa2 yang berunsur nasihat aku macam give up nak menulis lagi.
yela, orang memang mudah nak judge orang lain melalui apa yang dia nampak secara luaran. tambah2 lagi dengan keadaan diri aku ni yang jauuuuhhhhh sangat kalau nak dibandingkan dengan orang yang bijak pandai.aku cerita ni bila aku post apa2 kat fb.
tapi aku menyampaikan nasihat/teguran bukan sebab aku rasa kau dah buat salah. tapi sebab aku tanak kau repeat kesalahan yang sama.
kau sebenarnya cukup bertuah kalau setiap kali kau buat salah, ada orang yang menegur dan bimbing kau.cuba kau letakkan diri kau kat tempat orang yang berulang-ulang kali buat kesalahan tapi dia masih tak sedar2.
kan bagus bila ada orang yang sentiasa bimbing kita. tapi benda nih jangan tunggu disuap. ada benda kau kena la cari sendiri.
aku pun pernah juga buat salah. and pernah jugak aku repeat kesalahan yang sama berulang kali.bukan sebab aku tatau benda tu salah tapi sebab aku tanak keluar dari zon selesa aku tu.mungkin masa tu aku fikir kalau aku stop buat benda tu nanti macam mana aku nak sesuaikan diri dengan suasana baru/ tempat baru/ kawan baru.
contohnya macam ni la..kau ada kawan2 yang suka sangat bersosial sampai lewat malam. pergi tempat yang ntah apa2 , buang masa.kau tanak buat sebenarnya.tapi kau fikir kalau kau stop ikut diaorang nanti kau kena boycott, nanti kau tak ada kawan.
dekat situ la silap kau. dan bertambah silap bila kau berterusan buat benda tu tanpa kau berusaha cari jalan untuk berhenti. apa/bila yang kau nak buat kau sendiri yang boleh tentukan. orang sekeliling kau ni cuma mampu bagi nasihat/dorongan/galakan/panduan.kau ada pilihan untuk hidup dalam keadaan baik atau kau nak terus terusan aniaya diri kau.
aku tak focus benda nih dekat golongan tertentu tapi aku tengok sekarang nih banyak sangat golongan budak2 bawah umur yang bangga gila tayang kebodohan/ aib diri sendiri dekat social media.bila kena troll pandai pulak kau hujah guna hukum hakam ayat Al Quran bagai.
macam ni la dik.lain kali kalau kau dah terbuat sesuatu yang bodoh, kau simpanlah.itu antara kau dan Pencipta kau. kenapa kau nak jaja kebodohan kau dekat orang ramai.
bayangkan aib yang kau , family kau terpaksa tanggung bila benda tu tersebar.bayangkan satu hari nanti bila kau dah berubah jadi baik, alim, warak (Amin) kisah hitam kau still jadi viral.kau tak kisah ke?mesti kau malu dan stress kan. unless kau memang tanak berubah sampai mati.yang tu aku tanak komen la :)
tinggalkan lah sikit rasa malu dalam diri kau. malu kat mak abah kau.malu kat kawan2 kau. malu kat Pencipta kau.orang yang ada sifat malu dia tak akan tayang aib dia sendiri. kau faham aib? aurat kau, perangai buruk kau, kekurangan kau, dosa kau. tu semua aib yang kau perlu sembunyikan.
kenapa aku cakap kena sembunyi?aku suruh kau jadi hipokrit ke? tak aku tak suruh kau jadi hipokrit.aku cuma suruh kau jangan jadi bodoh.

REMINDER

Berkata Umar bin Aziz " Ada 4 perkara yang harus anda akui :
1- Tiada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu,
2- Tiada ada sesuatu yang lebih beruntung daripada amal soleh,
3- Tidak ada kawan yang lebih beruntung daripada akal,
4- Tidak ada sesuatu yang ghaib yang hampir kepada kita daripada mati

17 September 2014

KESERABUTAN MEMBERI AKU KESEDARAN

Assalamualaikum wbt. selamat sejahtera

minggu minggu kebelakangan ini yang penuh keserabutan.
mana nak fikir kerja, adik, keluarga.
oh ya, sesuatu berlaku. sesuatu yg memberi impact pada kami sekeluarga.
tapi tak apalah.ini ujian dari Allah.
ujian yang mengajar kami untuk redha. kuat.

ujian. dugaan. sejauh mana kita menganggap sebagai satu hadiah. satu peringatan. tanda Allah kasihkan kita
ntah. kadang2 aku sendiri tewas.
tapi hidup aku memang penuh dengan ujian. penuh kejutan.
mungkin sebab dah terlalu biasa jadi aku cuba bertenang. cara aku handle lebih baik dari yang dulu2.
Alhamdulillah

setiap kali diberi ujian dan dugaan, ramai yang mempertikaikan. "ahhh kenapa mesti aku??"
soalan yang mungkin kita sendiri tak akan jumpa jawapan.
cuba tanya "kenapa Allah hantar ujian ini buat aku?"
dari situ kita belajar kenali diri, kekurangan dari segi amalan, dari segi hubungan kekeluargaan, hubungan dengan Allah.
Allah hantar ujian untuk kita muhasabah diri.
contohnya , apa yang jadi pada keluarga aku buat aku sedar yang selama ini duit , masa, keringat yang aku ada tidak dimanfaatkan sepenuhnya.
bila dapat gaji kita sibuk peruntukan untuk diri sendiri.masa dan keringat juga untuk diri sendiri.
jadi bila berlaku musibah, aku mula allocate duit untuk yang lebih perlu, masa aku dihabiskan bersama keluarga. aku penat. ulang alik dari office ke rumah, dari rumah sendiri ke rumah family. tapi aku puas kerana aku sedar ini saja yang aku mampu lakukan untuk membantu.dan aku sedar ini yang Allah mahu tunjukkan kepada aku.

refer Al - Quran surah Al-Ankabut, ayat 2-3 :

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ,” Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” 

jelas.hidup kita dan ujian sangatlah rapat.kita diuji. kita belajar. kita redha.

refer Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 286:
” Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” 

tidak ada ujian yang tidak mampu kita hadapi selagi mana kita berpegang teguh dengan tali Allah. maksudnya, mengharap bantuan hanya daripada Allah.